.
Memupuk minat membaca mestilah bermula dari rumah. Rumah adalah syurga bagi keluarga. Memang teruja apabila melihat kanak-kanak seawal 3-4 tahun boleh membaca buku dengan cukup lancar. Zaman sekarang, tidak perlu tunggu sehingga anak pergi ke tadika. Semuanya boleh diajarkan di rumah. Mari kita lihat apa tips mudah ajar anak agar cepat membaca.
1. Pilih tempat yang selesa untuk membaca
Pastikan tempat yang selamat dan selesa. Cukup ruang, tak terlalu panas @ sejuk.. Yang lebih penting, tempat yang ada banyak lampu. Bila selesa, lebih banyak muka surat yang dia suruh kita baca.
2. Baca buku untuk anak-anak
Bagaimana menggalakkan anak membaca
Anak hanya mahu ibu-bapa hampir dengan mereka
Kalau mahukan mereka minat membaca, bacakan buku pada anak-anak. Untuk anak sekecil 2-3 tahun, jika ibu-bapa selalu membaca buku ‘favourite’ mereka, jangan terkejut jika anak boleh hafal segala isi cerita dalam buku tersebut. Walaupun dengan pelat-pelat mereka, kita boleh mendengar butiran yang keluar dari mulut anak-anak. Tidak percaya? Cubalah dahulu.
3. Jadikan membaca satu rutin
Balik rumah, terus buka Astro. Ada ibu-bapa, terus buka Channel 611 atau lain-lain ‘channel’ agar anak tidak mengganggu. Bagaimana kalau waktu yang singkat ini, kita baca buku bersama-sama anak. Jika dilakukan setiap hari, tanpa disuruh, anak akan ambil buku mereka dan suruh kita baca. Sejurus habis, dia akan suruh baca lagi. Memang tampak penat, tapi percayalah, penat lelah anda akan berbaloi beberapa tahun lagi.
4. Nyanyi lagu A-B-C sama-sama
Nyanyi lagu A-B-C sama-sama
Bila anak ‘happy’, kita pun ‘happy’ sama
Suara sumbang? Tiada siapa peduli. Anak-anak tidak kisah jika suara ibu-bapa mereka tidak merdu. Apa yang mereka mahu ialah ibu-bapa mereka ‘join sekaki’. Lagu-lagu ‘nursery rhymes’ dan lagu-lagu rakyat boleh dinyanyikan dan digayakan bersama. Mungkin mereka tidak pernah dengar lagu ini:
Bapaku pulang dari kota,
Bapaku belikan kereta,
Kereta kecil warna merah,
Boleh ku bawa ke sekolah,
Pon, pon, pon, pon, pon, pon, pon, pon, pon,
Kereta kecil ku berbunyi,
Marilah adik mari naik,
Boleh ku bawa jumpa nenek
Sekarang, kalau anda nyanyi lagu yang ‘catchy’ ini, mereka akan rasa cukup gembira. Lebih-lebih lagi di bahagian, “Pon, pon, pon, pon, pon” itu.
5. Jadi contoh yang baik
Baca buku bersama anak-anak. Biarkan adik-beradik membaca bersama-sama Bagaimana anak mahu membaca buku jika ibu-bapa tidak menunjukkan perilaku dan contoh yang baik? Orang kata, “Leadership by example” atau dalam Bahasa Melayu, “Kepimpinan melalui teladan”. Kalau anak asyik nampak ibu-bapa mereka asyik main telefon bimbit sahaja, bagaimana mereka mahu mencontohi mereka?
6. Tanya soalan pada anak
Bila bersama-sama, anak-anak akan bertanya sesama sendiri
Anak suka bila kita tunjukkan minat. Bila ada gambar-gambar dalam buku, tanya dia kenapa gambar itu begitu begini. Contohnya, jika baca buku ‘Ugly Duckling’, ada seekor itik yang berwarna lain dari yang lain.
Cuba tanya anak, “Kenapa dia sedih? Kenapa itik lain tak kawan dengan dia?”. Anak akan tersenyum apabila mendengar jawapan dari mereka. Ada yang masuk akal, ada yang terlalu melucukan. Selitkan juga nasihat pada anak, “Nanti adik dah besar, jangan jadi macam itik-itik yang lain ni ye. Kawan dengan semua orang tau”.
7. Pilih buku yang bagus
Terlalu banyak buku kanak-kanak di kedai-kedai buku seperti MPH dan Kinokuniya. Bagi mereka yang berada di luar Kuala Lumpur, masih banyak kedai buku kecil yang menjual buku kanak-kanak.
Jika terlalu sukar mendapatkan buku yang diinginkan, boleh cuba beli secara ‘online’. Bagi yang sedang membaca ini, apakah buku yang anda cadangkan?
8. Gabungkan membaca dan menulis
Usah serahkan tugas mengajar anak pada tadika dan sekolah sahaja. Apa salahnya mengajar di rumah. Biarkan anak conteng rumah, asalkan mereka gembira. Jika tidak mahu mereka menconteng dinding, belikan kertas A4 banyak-banyak. Ajar anak-anak melukis sambil menulis abjad. Ajarkan juga bagaimana mengeja nama sendiri.
9. Tampal abjad ABC di dinding bilik tidur
Ada banyak produk yang dijual di kedai buku yang mengandungi senarai A-B-C berserta gambar yang boleh kita beli. Tampal di bilik tidur mereka. Setiap hari, mereka akan nampak dan secara ‘subconscious’ mereka akan hafal abjad tersebut.
Sekarang, bagaimana kalau kita tampal tulisan jawi pula? Tentu mereka cepat tangkap satu hari nanti
10. Selalu bawa anak ke kedai buku atau perpustakaan
Jika setiap minggu pergi ke ‘shopping complex’, jangan lupa singgah di mana-mana kedai buku. Jika tempat anda ada ‘library’, bawa mereka ke sana pada hujung minggu. Biarkan anak-anak ‘terrorize’ tempat tersebut. Biar mereka main puas-puas. Biasanya, kedai buku akan sediakan satu ruang khas untuk kanak-kanak.
Mereka boleh duduk bersama ibu-bapa di atas lantai, baca buku bersama-sama. Apabila anak membesar, dia akan ingat tempat yang selalu dibawa oleh ibu-bapa mereka. Jika mereka berkahwin satu hari nanti, dan mempunyai anak, mereka akan bawa ke tempat yang sama. Tempat yang memberikan mereka ilmu, kedamaian dan dalam masa yang sama, kegembiraan.
Kesimpulan
Apa yang penting ialah kesudian ibu-bapa untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Faham, ramai yang sibuk dan tidak ada masa untuk anak sendiri. Namun percayalah, pelaburan masa untuk anak sungguh berbaloi.
Jom cuba jangan tangguh lagi!!
Source : siraplimau
No comments:
Post a Comment