diskaun voucher lazada



salam semua...
korang yang baca pos ni mesti sama dengan #akakdeedee suka shopping kat lazada..
selain harga murah, team lazada sangat membantu kalau ada masalah dengan barang.
ok pendek-pendek  jela intro sebab korang pon tengah tak sabar nak shopping kan?
ni beberapa cara yang #akakdeedee selalu guna

KAD KREDIT CITIBANK

Bagi korang yang ada kad kredit citibank sila merajinkan diri baca di sini sebab selain lazada ada banyak diskaun  lain yang citibank bagi untuk pemegang kad kredit.

syarat-syarat :

- hanya boleh guna weekend (sabtu ahad) dan limit kepada 1000 kali sahaja. so kalau korang orang ke 1001 wassalam jela.
-tiada minimum purchase. beli rm25 pon boleh dapat.
-diskaun maximum rm25

kod diskaun

-guna apps (15% diskaun)
CITIWKNDAPP

-guna website (10% diskaun)
CITIWKND

kalau korang guna kad kredit lain sila merajin kan diri guna encek google. kalau ada, duit yang jimat tu boleh buat beli baju. haha.

TESCO CLUB CARD

ini #akakdeedee baru tau selepas merajinkan diri baca email dari tesco. biasa delete je terus. wahaha..
so detail nya korang boleh refer sini. baca tau. kalau anak ada minum susu dutchlady pon ada diskaun. yihaaa!!

kalau pergi KIDZANIA pon boleh dapat diskaun.

WEBSITE PRICETORY

di sini ni korang masukkan keyword barang yang korang nak beli tu (contoh : dutchlady).
nanti dia akan  bagi code untuk key in. setakat yang #akakdeedee guna dapat free shipping dan 15% diskaun. memang berbaloi-baloi.

FACEBOOK GROUP @ PAGE

ada banyak facebook group @ page yang nama "lazada voucher" 

orang-orang yang like @ join group-group ni memang kaki shopping kat lazada so korang tinggal tanya je mana  nak dapat diskaun untuk barang yang korang nak beli tu. mesti ada yang baik hati nak bagitau
#akakdeedee join group ni.

EMAIL LAZADA

Sila merajinkan diri baca email dari lazada . tak dapat? tengoj balik akaun lazada korang.. ada tak subscribe newsletter lazada 

selalu ada promosi-promosi. Cuma #akakdeedee tak berapa suka baca sebab nanti terbeli benda yang tak nak beli. huhu.. Dan offer ty selalu nya limited time. Contohnya weekend je..  So kalau lambat baca tu. Ucap bye-bye jela.. haha

ok.. tu antara cara-cara #akakdeedee cari diskaun voucher lazada. Korang taubcara lain lagi ke.. share la kat ruangan komen.. thanks in advance pada yang sudi komen...

Opppp.. tunggu dulu... jangan lupa share post ni kat facebook korang ya.. 




No comments:

Post a Comment