5 aktiviti dalam kereta supaya ANAK TAK TIDUR

Budak-budak memang suka TIDUR DALAM KERETA kan?

Sampai rumah semua dah cergas mak ayah dah tak boleh buka mata.

Jom tengok #5 aktiviti boleh buat dalam kereta supaya ANAK TAK TIDUR

#1_Main_Cari-cari

+ Cari huruf,  gambar, barang

+Kat dalam @ luar kereta

+Contohnya :

Siapa jumpa........

Gambar pokok! (Stiker kat cermin kereta)

Bentuk segitiga! (Hazard light)

Spiderman! (Kat baju abang)

Gambar roti! (Billboard gardenia)

+Dengan cara ni bukan saja anak tak tidur.

+Otak mereka pon lebih cergas

#2_Jom_Nyanyi

+Siap-siap download lagu kegemaran anak-anak dalam thumbdrive

+Lagu omar hana, wheel on the bus

+Bolehla sama-sama "menyumbangkan" lagu. Sampai rumah hujan. Lagi best nak tidur. Haha

#3_ Main_Tanya-tanya

+Siapa tahu harini hari apa?

+Buah apa mula dengan huruf T

+Berlumba-lumba pakat nak jawab

+Anak tak tidur, secara tak langsung meransang mereka berfikir

#4_Main_Geli-geli

+Siapa tidur kena geletek

+Ni mak la kena main peranan. Kalau abah nanti ada yang check in hospital

+Biasanya anak akan buat-buat tidur

+Ha.. Geletekla kuat-kuat

+Mata yang mengantuk dah jadi segar bila dah gelak-gelak

#5_Bawa_AlatBantuan

+Bawa mainan, buku, pensel warna

+Minta anak lukis benda di luar kereta. Gambar bangunan, awal, kapal terbang, lampu isyarat

+Bila anak-anak leka dengan aktiviti masing, tak la mereka bosan. Tau-tau je dah sampai rumah

No comments:

Post a Comment