5 Tip Tangani Masalah Bayi Enggan Minum Susu Badan Melalui Botol Susu


ibu menyusu yang hampir mengakhiri cuti bersalin, selalunya akan mula mengajar bayi untuk minum susu badan melalui botol susu
Ada kes yang bayi tidak mahu minum susu badan dari susu botol kerana mereka lebih selesa minum terus dari badan ibu


#Berikan botol susu ketika mengantuk

Ketika bayi memasuki fasa mengantuk, mereka akan menjadi mamai dan lebih mudah menerima.

Berikan botol susu ketika ini.

Boleh juga cuba ketika bayi baru bangun tidur.

#Cuba pelbagai jenis puting

Kadang-kala, bayi tidak suka dengan puting yang digunakan.

Jadi, cuba pelbagai puting yang berlainan tekstur, bentuk dan saiz

Saya suka tommie tippie ;)

#Beri botol susu ketika mandi

Ketika mandi dengan air yang suam, bayi akan lebih relaks dan lebih menerima apa yang ditawarkan kepadanya.

Jadi, gunakan peluang ketika mereka relaks untuk cuba mengenalkan botol susu kepadanya.

#Pelbagai posisi

Kadang-kala, disebabkan posisi memberi susu botol adalah sama seperti posisi diberikan susu badan, bayi enggan menerima botol susu.

Cuba pelbagaikan posisi agar bayi tidak keliru dengan posisi menyusu badan.

Contohnya memberi botol susu ketika bayi sedang baring.

#Dapatkan bantuan orang lain

Sebenarnya ibu ada bau susu yang kuat hingga menyebabkan bayi akan mencari susu badan.

Jika keempat-empat cara di atas masih tidak berjaya, cuba dapatkan bantuan orang lain seperti suami :)

Sebab tiada bau susu, bayi akan lebih memilih untuk menerima sahaja botol susu yang dihulurkan..
.

No comments:

Post a Comment