Biasanya rasa kekok betul bila mula-mula bak pegang bayi kan?
Di bawah ada beberapa tips untuk panduan ibu-ibu
#CARA_PEGANGBAYI
1. Semasa bayi baring secara menelentang, ibu perlu masukkan sebelah tangan pada bahagian bawah antara belakang dan punggung bayi.
Ini untuk menyokong tulang belakang bayi yang masih lembut.
2. Secara bertentangan, masukkan tangan anda sebelah lagi ke bawah antara leher dan kepala bayi.
Ini bertujuan untuk menyokong kepala bayi.
3. Seterusnya angkat kepala bayi secara perlahan-lahan. Tangan anda masih lagi menyokong kepala bayi dan tangan sebelah lagi bahagian punggung bayi.
Ketika ini, kedua-dua tangan anda perlu memegang kuat bayi untuk mengelak bayi terjatuh ke belakang.
#CARA_LETAK_BAYI
4. Setelah ibu berjaya mengangkat bayi dengan selamat, seterusnya alihkan kepala bayi ke arah bahagian lengan ibu supaya kepalanya dapat menyokong dengan kuat.
Tangan satu lagi menyokong kepala bayi
5. Masih dalam posisi yang sama untuk meletakkan bayi, iaitu tangan menyokong kepala dan tangan sebelah lagi menyokong punggung bayi.
Letakkan bayi dengan berhati-hati sambil menyokong badan bayi dengan selamat sehingga di atas tilamnya.
6.Setelah bayi berjaya diletakkan, secara beransur-ansur keluarkan tangan ibu di bawah punggung bayi.
Begitu juga tangan yang menyokong kepala bayi.
Letakkan bayi perlahan-lahan secara selamat.
#CARA_DUKUNG_BAYI
7. Posisi Bayi Pada Bahu
Cara dukung bayi dengan bayi pada bahu adalah cara yang popular diguna pakai oleh setiap ibu bapa.
Posisi ini membuatkan bayi berasa selamat dan dekat dengan ibunya.
Sokong berat bayi dengan meletakkan satu tangan ke bawah punggungnya dan tangan lagi satu untuk menyokong kepalanya.
8. Posisi Muka Ke Bawah
Cara dukung posisi berlainan ini mungkin membuatkan bayi suka.
Bayi dalam kedudukan keadaan muka ke bawah dengan dagu dan pipi direhatkan pada lengan anda.
Posisi ini sesuai untuk meredakan masalah kembung perut pada bayi.
sumber majalah keluarga
No comments:
Post a Comment