Risiko penggunaan buai untuk tidurkan bayi



Antara Risiko yang mungkin dihadapi oleh bayi yang menggunakan buaian elektrik:

1. Bayi terjatuh atau dihempap spring/mesin.

Kain yang digunakan untuk meletak bayi hanya disangkut pada sebatang besi penyangkut yang dihubungkan pada spring atau mesin automatik buaian.

Bayangkan jika salah satu daripadanya rosak, bayi anda mungkin terjatuh atau dihempap oleh peralatan tersebut.

Situasi mungkin bertambah buruk jika bayi terkena renjatan elektrik.

2. Tidak menyokong struktur tulang belakang bayi

Buaian secara saintifiknya tidak memberi sokongan penuh pada tulang belakang bayi.

Jika anda perhatikan dengan teliti, bahu bayi selalunya kelihatan membongkok ketika di dalam buai.

3. Bayi lemas

Bagi bayi yang mula belajar memusingkan badan, mungkin memusingkan mukanya ke bawah sewaktu sedar ataupun dalam keadaan tidur.

Ini boleh menyebabkan bayi lemas kerana kebanyakan bayi tidak pandai memusingkan kembali badan mereka

5 Langkah mengurangkan risiko penggunaan buaian  bayi

#1_Letakkan tilam gulung atau alas katil yang tegap bawah buaian

 +Jika bayi jatuh, dia tidak akan terhentak ke lantai.

#2_Sentiasa letakkan bayi di dalam buaian sarung dalam keadaan menelentang dan bukan meniarap

#3_Laraskan ketinggian rangka atau kepanjangan spring supaya buaian sarung seberapa dekat ke lantai yang boleh

#4_Semakin bayi membesar, pastikan berat tambahannya tidak menarik buaian sarung jauh ke bawah supaya kepalanya tidak terkena ke lantai apabila dibuai

#5_Jangan letakkan sebarang bantal, selimut atau alas katil yang lain dalam buaian sarung

sumber
majalah pama
website babycentre

Ibu tau tak ada cara tidurkan bayi tanpa guna buai?




klik untuk order

cod taman bukit subang, denai alam, shah alam

pm @ whatsapp

0129543454
0129543454
0129543454

No comments:

Post a Comment