5 TANDA BAYI TUMBUH GIGI
#1_SUKA MENGGIGIT
Ia dapat melegakan memberi kelegaan pada gusi dan menjadikan gusi yang sakit itu kebas
#2_AIR LIUR MELELEH
Saliva atau air liur yang lebih akan diproduksikan untuk melembapkan gusi bayi yang lembut
Simptom ini mungkin berlaku beberapa bulan lebih awal sebelum gigi bayi dalam proses menolak ke permukaan gusi
Sesetengah bayi akan mula mendapat ruam kerana kulitnya yang sensitif.
Maka, biasakan mengelap air liur bayi untuk mengurangkan kerengsaan ini
Salah satu penawar yang boleh disapukan pada pipi bayi yang mendapat ruam adalah ‘nipple cream’. Pastikan ia bersifat organik, hypo-allergenic, dan selamat dimakan
#3_SUKA MEMASUKKAN JARI KE DALAM MULUT
Sama seperti proses menggigit, perbuatan memasukkan jari dan menekan gusinya adalah salah satu tanda bayi tumbuh gigi.
Mungkin bayi lebih selesa menggunakan tangan sendiri berbanding permainan @ barangan yang keras.
#4_MENARIK TELINGA
Kadangkala, kesakitan yang dialami oleh bayi semasa tumbuh gigi boleh merebak hingga ke telinga atau pipi, terutamanya gigi belakang.
Menurut Metro Parent, kelakuan menarik telinga ini adalah satu bentuk ‘urutan’ untuk membantu bayi berasa lebih aman
#5_BATUK ATAU MUNTAH
Menurut laman web keibuan What To Expect, sesetengah bayi mungkin akan berasa tidak selesa pada tekak akibat pengumpulan air liur sehingga terbatuk dan muntah.
Ibu tidak perlu risau sekiranya bayi tidak mengalami kenaikan suhu badan seperti demam atau selsema.
sumber sirap limau
No comments:
Post a Comment