Puting dan bayi

Faedah menggunakan puting

#Membantu untuk menenangkan sampai tidur

#Membantu setengah bayi pramatang. 

#Jika diberikan puting kosong untuk dihisap sebelum minum susu, bayi pramatang mungkin boleh beralih dengan lebih senang dari makan melalui tiub kepada penyusuan botol, dan akan meminum susu dari botol secara lebih efektif.

#Mengurangkan tempoh berada di hospital untuk bayi pramatang

Keburukan penggunaan puting

#Risiko tinggi mendapat simptom seperti muntah-muntah, demam, diarea (cirit-birit) 

#Penggunaan secara jangka panjang menyebabkan masalah gigi

#Masalah pertuturan

Ia tidak membolehkan bayi membebel, yang merupakan langkah penting dalam mereka belajar bertutur

#mengganggu penyusuan badan

Kecenderungan bayi menghisap puting dan bukan dada ibu kurang meransangkan payudara untuk mengeluarkan prolaktin, yang kemudiannya menyebabkan penurunan bekalan susu

Seeloknya tunggu sampai bayi berusia sebulan sebelum memberikan dia puting kosong

Ada pendapat mengatakan penggunaan puting boleh membantu melindungi bayi daripada SIDS 👇

1-Pemegang besar yang terlekat di puting membantu menjauhkan hidung dan mulut bayi dari kain lapis dan selimut lembut

2-Perlakuan menghisap mungkin membantu bayi mengawal bahagian atas saluran pernafasan

3-Penggunaan puting kosong mempengaruhi posisi tidur bayi secara positif dan membantu mencegah SIDS

4-Menghisap puting membuat bayi lebih sedar, oleh itu bayi kurang cenderung untuk mendapat masalah pernafasan atau jantung semasa tidur

No comments:

Post a Comment