5 Teknik sendawakan bayi

Ibu perlu  sendawakan bayi selepas menyusu.  Ada sesetengah bayi sukar mengeluarkan ‘udara’ yang terperangkap.



Ibu boleh menggunakan beberapa teknik untuk sendawa bayi. Cuba mana-mana yang sesuai  dengan bayi

#Bersandar_pada_bahu
Dukung bayi menggunakan sebelah tangan dan meletakkan  kepala bayi bersandar pada bahu

Tepuk belakangnya perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi sehingga bayi sendawa

Posisi ini dilakukan secara  berdiri atau duduk di kerusi.

Bayi mungkin akan jeluak atau termuntah susu, jadi jangan  lupa alas bahu ibu dengan sapu tangan  kecil :)
#Duduk_posisi _tepi_atas_riba
Bayi duduk secara posisi tepi  atas riba dan tepuk lembut bahagian belakangnya
Bayi duduk  di salah satu paha ibu dengan membongkokkan sedikit badan bayi
Sebelah tangan, tinggikan kepala  dan leher bayi  namun hati-hati memegang bahagian dadanya kerana mungkin akan membuatkan  bayi muntah  jika tersalah pegang
Kemudian sebelah tangan lagi untuk usap belakang bayi perlahan-lahan
  
#Meniarap  
Pegang  dan baringkan bayi secara meniarap atas perutnya dengan posisi melintang dengan kedudukannya atas paha
Pegang bahagian dada bayi dengan sebelah tangan
Pastikan kedudukan kepala bayi sedikit tinggi daripada badannya
Sebelah tangan lagi, perlahan-lahan menepuk belakang bayi atau urut pun boleh dalam cara usap naik dan turun
#Bayi_duduk
Pegang bayi dan ribanya dalam posisi duduk menghadap ke depan
Semasa bayi di pangkuan ibu, pegang bahagian dadanya supaya mudah ibu menggerakkan paha ibu perlahan-lahan
Gerakkan ini akan membuatkan bayi sendawa sendiri
Jika masih belum berjaya, usap dengan sebelah tangan bahagian belakang bayi
 
#Dukung bayi
Mudah sangat untuk dipraktikkan.
Hanya perlu dukung bayi dan goyang-goyangkan badan kita kanan ke kiri akan membuatkan bayi sendawa sendiri.
Sambil itu, ibu boleh usap bahagian belakang bayi dengan berjalan-jalan di sekitar rumah

sumber majalah keluarga

No comments:

Post a Comment