4 TIPS UBAH ANAK YANG PEMALU SUPAYA LEBIH BERANI


4 TIPS UBAH ANAK YANG PEMALU SUPAYA LEBIH BERANI

 1. BENARKAN ANAK BUAT PERKARA YANG DIINGINI

Pernahkah kita mengalami situasi anak kecil ingin melakukan sesuatu perkara sendiri seperti makan sendiri, menguruskan diri mereka sendiri, mengangkat pinggan dan cawan sendiri ke meja makan, atau membantu melakukan kerja-kerja rumah yang mudah?

 Sesetengah ibu bapa mungkin akan mengatakan ‘jangan’ atau ‘tidak boleh’ kerana tidak mahu keletihan mengemas sekiranya keadaan menjadi bersepah apabila anak kecil ini melakukan perkara tersebut.

Selagi perkara tersebut tidak berbahaya untuk anak kecil, apa salahnya benarkan mereka belajar melakukan perkara yang diingini itu?

Ianya sudah pasti dapat membantu proses membina keyakinan diri anak kecil ini.

Walaupun kita berasa penat untuk mengemas pada awalnya, tetapi kepenatan itu merupakan kepenatan yang berbaloi apabila kita melihat mereka semakin yakin diri kelak.

2.BENARKAN ANAK BUAT KEPUTUSAN

Pada kebiasaannya, kita sebagai ibu bapa yang akan membuat keputusan untuk anak kecil.

Dalam hal-hal tertentu yang tidak memberi impak yang besar, benarkan anak untuk membuat pilihan dan keputusan.

Ibu bapa boleh membantu anak untuk membuat keputusan dengan cara menjelaskan kepada mereka tentang apakah yang akan berlaku sekiranya mereka mengambil keputusan tersebut.

Anak kecil akan belajar tentang kesan daripada pilihan atau keputusan yang dibuat itu.

Pada awalnya, mungkin anak sekecil ini agak sukar untuk memahami kesan dan akibat daripada pilihan yang dibuat.

Tetapi, lama kelamaan, pasti anak kecil ini akan dapat berfikir dengan baik, lebih memahami dan berasa lebih yakin apabila keputusan yang dibuat itu memberikan hasil yang positif.

3. SOKONG MINAT ANAK

Setiap individu mempunyai minat dan kegemaran yang tersendiri.

Begitu juga dengan anak yang pemalu ini.

Beri sokongan kepada anak terhadap perkara yang diminatinya itu.

Sebagai contoh, sekiranya anak minat mewarna, belikan mereka buku mewarna serta bahan-bahan untuk mewarna seperti krayon, pensel warna atau warna air.

Luangkan masa untuk mewarna bersama mereka serta ajarkan mereka teknik-teknik mewarna dengan cantik untuk menghasilkan lukisan yang menarik.

Dorongan dan sokongan daripada ibu bapa seperti ini akan dapat meningkatkan lagi keyakinan diri mereka untuk melakukan yang terbaik dalam perkara yang diminatinya

4. PUJIAN BUAT ANAK

Kejayaan anak kecil dalam melakukan sesuatu perkara seharusnya diraikan dengan pujian.

Pujian dapat meningkatkan lagi penghargaan kendiri (self esteem) anak yang pemalu, membuatkan mereka berasa lebih gembira dan dihargai.

Jangan pernah berasa jemu dan bosan untuk memuji kejayaan anak kecil.

Selepas ini, pasti mereka semakin bersemangat dan lebih yakin untuk melakukan lebih banyak lagi perkara baru!

sumber sirap limau

No comments:

Post a Comment