5 KELEBIHAN BERMAIN ‘CAK!’ DENGAN BAYI
Tau tak?
Bermain ‘Cak!’ Boleh Buat Bayi Anda Bijak.
Bermain #‘Cak!’ sangat simple, tak perlu mainan mahal-mahal. Cukup hanya ibu dan bayi
5 KELEBIHAN BERMAIN ‘CAK!’ DENGAN BAYI
1. MELATIH KOMUNIKASI TERAWAL
Senyuman dan ketawa adalah salah satu cara terawal manusia berhubung sesama sendiri.
Ia bagaikan sebuah bahasa tanpa sempadan tidak mengira usia dan bangsa seseorang.
Tiada apa yang lebih menenangkan selain melihat senyuman si kecil, apatah lagi apabila mereka sudah mula bersuara dan ketawa.
Memang riuhlah rumah dengan ketawanya yang comel!
Senyuman juga adalah tanda bayi dapat merespon terhadap persekitaran selain menjadi cara si kecil menunjukkan bahawa dia senang dengan kehadiran kita.
Dengan senyumanlah juga hubungan boleh menjadi lebih erat.
2.MENINGKATKAN KEMAHIRAN SOSIAL.
Bermain “cak” dengan bayi memerlukan tumpuan sepenuhnya terutama sekali ‘eye contact’.
Mungkin pada awal kelahiran, bayi menunjukkan kurang respon dan lebih mudah terkejut.
Lama-kelamaan, dia mula belajar untuk mengagak apa yang berlaku.
Dengan sentiasa meluangkan masa dengannya, kemahiran komunikasinya juga akan berkembang dengan baik.
Bayi juga lebih bijak dalam mentafsir dan meniru emosi yang ditunjukkan oleh orang sekeliling.
3. MENGAJAR BAYI MENGENAL DIRI & PERSEKITARAN
Menurut pakar psikologi, bayi sering menganggap dirinya dan ibu sebagai seorang individu yang sama.
Semakin kita kerap bermain “cak” disertai dengan senyuman dan sentuhan, dia semakin lama mengerti bahawa dia dan ibunya adalah dua orang yang berbeza.
Hal ini dapat disedari apabila bayi menyentuh ibunya, dan ibunya pula memberi tindakbalas selanjutnya;
contohnya ketika bayi mula menyentuh bahagian mata atau menarik rambut ibu.
Bayi juga mula bijak membuat perbandingan antara dirinya dengan orang lain dan mula untuk mengingat persekitaran serta orang di sekelilingnya.
Dengan kesedaran ini, dia lebih giat untuk meneroka persekitaran dan menjadi lebih lincah lagi sebaik dia sudah boleh bergerak ke sana ke mari.
4. MERANGSANG DERIA BAYI
Permainan mudah juga memberi kesan positif pada perkembangan derianya; lebih-lebih lagi jika ramai yang meluangkan masa dengannya.
Walaupun bayi baru lahir dilihat kurang merespon, sebenarnya mereka amat mudah diajak bermain “cak”.
Hanya dengan hanya menggunakan tapak tangan dan ekspresi muka yang lucu, keseluruhan deria mereka dapat dirangsang.
Dengan rangsangan bunyi atau visual, rangsangan bayi boleh menjadi lebih tajam dan peka.
Bila bayi semakin besar, anda boleh mempelbagaikan cara bermain permainan ini dengan mereka supaya lebih mencabar, contohnya bermain sembunyi-sembunyi.
5. MENINGKATKAN KECERDASAN MEMORI
Bayi yang baru lahir sering menganggap jika kita hilang dari pandangan, sentuhan, atau pendengarannya bermakna kita tiada dengannya. Sebab itulah bayi mudah menangis apabila ibu hilang daripada pandangan.
Permainan sebegini mampu membantu mereka memahami konsep kehadiran seseorang atau objek.
Ini bermakna kebolehannya untuk menyimpan memori dan corak pemikirannya semakin berkembang.
Semakin kita rajin bermain “cak” dengannya, mereka mampu memahami dan mengingat bahawa ibu masih ada dengan mereka. Oleh sebab itu, bayi yang baru lahir elok diperkenalkan dengan permainan sebegini.
sumber : sirap l
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment