5 Bahaya Amalan Tindik Telinga Bayi Yang Sering Dipandang Ringan
1. SAKIT, TIDAK SELESA
Menurut Dr Swanson melalui portal Parents.com, walaupun doktor akan menggunakan ubat bius seperti suntikan untuk melalikan kesakitan, rasa tidak selesa ini tidak boleh dihilangkan sepenuhnya.
Malah ada dakwaan mengatakan bahawa luka tindikan boleh menyebabkan kekejangan ataupun sawan
2. MASALAH KEBERSIHAN
Sebaiknya tindik telinga dijalankan di klinik kerana ia memerlukan jarum pakai buang yang steril, memakai gel antibakteria, atau menggunakan sarung tangan khas.
Premis yang tidak berdaftar atau tidak mempunyai kepakaran dalam hal ini mungkin akan mengabaikan langkah keselamatan yang perlu dijaga rapi
3. JANGKITAN KUMAN
Luka tindikan yang tidak dirawat atau dibiarkan boleh menyebabkan jangkitan kuman tetanus.
Jangkitan kuman juga boleh menimbulkan kerengsaan dan menjadikannya bernanah
4. ALAHAN
Ibu bapa perlu berhati-hati untuk memilih anting-anting yang diperbuat daripada bahan berkualiti seperti emas, platinum, dan titanium.
Menurut Utusan Malaysia, emas yang tidak 100% tulen seperti logam saduran daripada kromium mudah berkarat dan boleh menyebabkan alahan.
Lebih teruk ia akan menyebabkan bengkak atau keradangan.
5. MENGEHADKAN AKTIVITI BAYI
Anak kecil juga masih lasak dan akan bergerak aktif tanpa memikirkan luka tindikan.
Ketidakselesaan ini juga mungkin akan membuat mereka meragam dan sering menangis.
sumber sirap limau
No comments:
Post a Comment