7 Cara Menangani Anak Suka Tengok Kartun Di TV, iPad & Tablet
Ada ketika anak menonton TV terlalu ‘dekat’.
"Macam nak #masuk dalam TV"
Ini boleh menyebabkan rabun ๐ฐ
Bila anak dihalang tengok TV, #kidnap iPad, Handphone, tablet ibu-bapa pula
Ibu mesti dah banyak #ilmu tentang cara tangani Anak Suka Tengok TV, iPad & Tablet kan?
Jom #ulangkaji sama-sama harini๐
1)SEDIAKAN JADUAL MENONTON TV
Buat peraturan dalam rumah. Terapkan rasa tanggungjawab.
Takkan di rumah pun perlu ‘strict’ begini?
Macam pejabat pula mahu ada ‘timetable’.
Percayalah, jika ada jadual, anak kita akan lebih rasa dirinya diawasi sentiasa.
Lebih-lebih lagi jika jadual itu ditampal, terpampang di dinding.
Namun, jadi fleksibel dalam keadaan tertentu.
Benarkan anak menonton rancangan kegemarannya dalam masa yang ditetapkan.
Anak akan rasa tanggungjawab. Apabila terlebih masa, kita boleh kata, “Haaa… dan pukul berapa dah ni?
Mama cakap sampai pukul berapa”.
Bila kata-kata begitu keluar dari mulut ibu-bapa, mereka terpaksa akur dengan arahan.
Bukankah jadual itu yang dipersetujuinya dahulu?
2) TUTUP TV, SOROKKAN GAJET
Mudah bukan?
Pada hari persekolahan, ketika mereka sedang membuat kerja rumah, tutup sahaja TV.
Bunyi bising atau ‘noise’ dari TV akan mengganggu tumpuan mereka.
Jika adik mereka yang kecil berkeras mahu tonton juga rancangan kartun kegemaran, pujuk agar perlahankan sedikit ‘volume’.
Takut abang dan kakaknya ‘join’ sekaki pula.
Letak gajet tinggi-tinggi sampai anak tidak boleh ambil.
Biar sahaja dia nampak, tetapi tidak boleh capai.
Macam zaman dulu-dulu, ibu-bapa kita gantung basikal kerana tidak mahu kita ligat main basikal tanpa mengira penat!
3) KELUAR DARI RUMAH
Apabila berada dalam rumah, aktiviti menjadi terhad.
Dulu-dulu, kita main panjat pokok, pengantin-pengantin, baling selipar, baling tin, konda-kondi dan macam-macam lagi.
Sekarang, tidak selamat berbuat begitu.
Luar rumah pun bukannya ada pokok yang boleh dipanjat.
Bila tiada aktiviti, anak jadi bosan. Bila bosan, kepada TV dan gajet jua mereka pergi.
Beralih kepada aktiviti luar rumah seperti main basikal dan bola bersama-sama.
Jika kawasan berdekatan ada kelas-kelas sukan, masukkan mereka dalam kelas seperti Tae-kwon-do, Aikido, badminton dan lain-lain
4)BANYAKKAN AKTIVITI BERSAMA ANAK
Bayangkan kalau anak jumpa air?
Bila kali terakhir anda main ‘chess’ dengan anak? Main Lego? Main Play Doh? Atau paling mudah, main ‘kuda-kuda’ dengan anak? Nampak, ramai ibu-bapa zaman sekarang mengabaikan anak tanpa sedar. Mereka mahukan perhatian kerana sudah seharian berada di rumah penjaga atau ‘nursery’. Mereka tidak faham erti kata “Mak penat. Ayah penat. Pergi main sana”.
Bila tiada orang melayan mereka, sebab itu mereka beralih ke kaca televisyen. Pada hujung minggu, buat aktiviti luar atau dalam rumah bersama mereka.
5)BELIKAN BUKU DAN GALAKKAN ANAK MEMBACA
Anak-anak suka pada benda visual, iaitu gambar.
Pupuk minat membaca pada anak sedari awal lagi.
Elakkan membeli buku yang tebal, penuh dengan tulisan sahaja dan tidak menarik.
Buku-buku ensiklopedia bergambar pasti akan menarik minat mereka.
Kalau anak suka dinosaur, belikan buku yang tentang dinosaur.
Kalau anak suka tentang geografi, belikan buku yang menunjukkan tempat menarik di seluruh dunia yang menunjukkan keindahan alam ciptaan Allah
#Like & #Share jika anda rasa post ni bermanfaat ๐
sumber sirap limaull
No comments:
Post a Comment