Mudahnya membawa kereta menaiki feri ke Langkawi

Ada yang tanya :



"Senangke bawa kereta menaiki feri ke Langkawi?"

Senang.

Kawan-kawan yang ingin membawa kereta menaiki feri ke Langkawi perlu mendaftar masuk di kaunter tiket 2 jam sebelum waktu berlepas.

Sementara menunggu boleh menikmati sarapan pagi di kedai makan berdekatan.
Kereta dibenarkan masuk ke feri setengah jam sebelum waktu berlepas.

Barang-barang dan bag bagasi hanya berada di dalam kereta sepanjang masa.

Tidak perlu angkut ke sana ke mari.

Sangat mudah bagi Kak Asma yang membawa empat anak kecil.

Hanya bawa barang yang diperlukan seperti lampin pakai buang dan bekal makanan.

Sekiranya tertinggal apa-apa barang boleh le kereta bila-bila masa.

Sepanjang lebih kurang dua jam di dalam feri ada cerita ditayangkan melalui televisyen.

Ada kafe mini yang menjual roti bakar, megi, makanan ringan, air botol dan air tin.

Jika risau anak-anak kelaparan seeloknya ambil makanan berat sebelum menaiki feri dan bawa bekal.

Sesampai nya di Jeti Langkawi, kami terus bergerak ke rumah tumpangan.

Jika dilihat dari sudut kos, pergi dan balik kos tiket rm360.

Sewa kereta di langkawi musim cuti sekolah lebih kurang RM150-300 sehari bergantung pada jenis kereta.

Jika ada rezeki bercuti ke Langkawi lagi, Kak Asma pasti memilih untuk membawa kereta.

Harap informasi ini membantu kawan-kawan yang bercadang membawa kereta untuk bercuti di Langkawi.

Pastikan booking awal kerana musim cuti sekolah tiket cepat habis.

No comments:

Post a Comment